SHAH ALAM: DAP Selangor akan mempertahankan kesemua 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan.
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han berkata agihan kerusi berkenaan, merupakan bilangan yang telah dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Kita yakin DAP mampu untuk mengekalkan rentak terbaik dengan memenangi kesemua kerusi yang disandang pada PRU14 sebelum ini," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.
Pada PRU14, DAP memenangi 16 kerusi DUN iaitu di Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Teratai, Dusun Tua, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.
Bagaimanapun, kerusi DAP berkurangan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Bryan Lai Wai Chong, mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas pada 2021 sebelum menyertai Warisan, tahun lepas.
Dalam pada itu, Ng yang sebelum pembubaran ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi DUN Kinrara yang diwakili beliau selama dua penggal.
"Kalau diberi peluang (bertanding) di Kinrara, ya. Tetapi saya serahkan kepada keputusan akhir parti. Saya sentiasa tegaskan bahawa kesemua 16 kerusi ini bukan milik individu, tapi milik DAP dan PH," katanya.
Kedudukan semasa kerusi sebelum DUN dibubarkan pada 23 Jun ialah PH mempunyai 40 kerusi merangkumi PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan, masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Kerusi Batang Kali pula diisytiharkan kosong pada Februari lepas, setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan, pembahagian kerusi di antara PH dan BN selesai dengan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi DUN akan diwakili BN, manakala selebihnya akan ditandingi calon PH yang terdiri daripada parti PKR, DAP dan Amanah.
Pada 13 Julai lalu, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim mengesahkan parti akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Ng Sze Han berkata agihan kerusi berkenaan merupakan bilangan yang telah dipersetujui di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). -Gambar fail/Bernama
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
SPRM reman Pengarah Urusan, ubah status tanah rezab Melayu
SPRM menahan reman seorang pengarah urusan syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah rezab Melayu kepada bukan rezab Melayu.
Semikonduktor: Kenapa ia menguntungkan Malaysia?
Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia.
Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.
Norway, Sepanyol secara rasmi iktiraf kenegaraan Palestin
Norway dan Sepanyol pada Selasa mengumumkan pengiktirafan rasmi mereka terhadap Negara Palestin manakala Ireland dijadualkan menyusul langkah kedua-dua negara itu.
AWANI Borneo [28/05/2024] - Industri semikonduktor | Bernilai RM2.7 juta | Elak pokok tumbang
Awani Borneo Selasa, 28 Mei 2024 bersama Syaff Shukri;
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".
Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha
Program Geran Kreatif KL yang dilancarkan itu merupakan antara inisiatif penting di bawah kelolaan Think City dan sebanyak RM20 juta telah diperuntukan untuk inisiatif ini dalam Belanjawan 2024.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
Cubaan menyeludup 9 kontena berisi daging ayam sejuk beku ke Sabah gagal apabila aktiviti itu dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah pada 7 Mei di Pelabuhan Teluk Sepanggar.
Pengasah disaran eksport bekalan ikan kecil ke Semenanjung
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menyarankan inisiatif agar Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) mengeksport bekalan ikan daripada negeri tersebut ke semenanjung bagi meningkatkan pendapatan nelayan di zon A sekaligus menstabilkan bekalan ikan di Semenanjung.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Invest Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion daripada SAS 2024
Sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai tahun ini.
Tanah runtuh: 775 cerucuk siap dipasang di Taman Wawasan
Beliau turut memaklumkan pembinaan longkang utama akan dimulakan dalam tempoh terdekat.
Kejayaan SAS dan SIBS 2023 buka ruang Selangor sebagai hab pelaburan serantau
SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.
Selangor luluskan 1,506 projek perkilangan, jana nilai pelaburan lebih RM88 bilion
Persidangan DUN Selangor diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion.
SIBS 2023 pecah rekod, capai nilai transaksi pelaburan RM2.9 bilion
Nilai transaksi pelaburan berkenaan melebihi sasaran iaitu RM1.5 bilion untuk keseluruhan tempoh empat hari penganjurannya.
Meletakkan Selangor sebagai gerbang perniagaan ASEAN - Ng Sze Han
idang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang diadakan bermula hari ini berpotensi menghasilkan RM1.5 bilion transaksi jualan.
DAP kekal pertahan 16 kerusi pada PRN Selangor
Agihan kerusi berkenaan merupakan bilangan yang telah dipersetujui di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).